Saturday 31 March 2012

TENTANG KAMI

PENDAHULUAN

Pencapaian pelaksanaan Sekolah Bestari melibatkan lima komponen utama iaitu pelajar, guru, pentadbir, pengintergrasian teknologi dan penglibatan ibu bapa atau penjaga /komuniti.

Terdapat pelajar yang berkemahuan tinggi dalam bidang ICT dan kelompok pelajar ini memerlukan ruang untuk mengembang dan menggunakan kemahiran mereka. Briged Bestari bukan sahaja dapat membantu menggerak dan memantapkan penggunaan ICT sekolah, Briged Bestari juga dapat memberi ruang kepada pelajar yang berkemahiran menyalurkan kepakaran mereka kea rah yang positif.

Dengan demikian, menjadi satu harapan setiap warga sekolah akan mendapat manfaat daripada penubuhan pasukan melalui aktiviti sokongan, latihan dan penyelenggaraan komputer.

RASIONAL 
Memandangkan wujudnya keperluan semasa untuk memantapkan pengurusan Pembestarian Sekolah, Briged Bestari perlu ditubuhkan sebagai agen pemangkin. Komitmen pelajar bukan hanya terbatas kepada penggunaan kemudahan teknologi yang dibekalkan tetapi merangkumi aspek teknikal agar faedah program ini dapat dioptimumkan kepada semua warga sekolah dan masyarakat.

MATLAMAT

Briged Bestari ditubuhkan bagi membantu sekolah menjayakan Program Pembestarian Sekolah serta membantu pelbagai Program ICT berjalan lancar.

Program ICT semakin bertambah di sekolah dan bagi melicinkan pelaksanaan program ini, sebuah badan khas seperti Briged Bestari perlu diwujudkan.

OBJEKTIF

Antara objektif penubuhan Briged Bestari :

1. Membentuk wadah perkongsian ilmu, minat dan kepakaran dalam menggunakan aplikasi di sekolah.

2. Menjadi agen penggerak bagi membantu melancarkan dan pelaksanaan Program Pembestarian Sekolah.

3. Melatih sekumpulan pelajar yang berminat dan berkeupayaan dalam bidang ICT.

4. Menggembleng ilmu dan kepakaran teknologi maklumat dan komunikasi ICT di kalangan pelajar untuk kegunaan positif.

5. Memberi peluang kepada pelajar berkongsi kemahiran dan seterusnya menyebarkan ilmu kepakaran mereka dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi kepada rakan-rakan lain di sekolah.

No comments:

Post a Comment

TINGGALKAN PESAN ANDA DISINI

IKUT KAMI DI KELAB BESTARI SMKUT